Past Exhibition

German Energiewende: Transforming Germany's Energy System

Curator : German Federal Foreign Office
Duration : 11 April 2017 - 23 April 2017


Description :

Energiewende (Energy Transition) is the shift of the German energy system towards a low carbon, environmentally sound, reliable and affordable energy supply.

The exhibition covers the multi-dimensional aspects and challenges of the Energiewende and presents its development since the 1970s. This travelling exhibition started its journey around the world in Beijing in April 2016.

Since then it has toured more than 30 locations and it will be shown for the first time in Southeast Asia.

Register for the programmes here

 

MANAH: A LIVING LEGACY

Curator : Prof. Madya Dr. Hj. Baharuddin Bin Mohd Arus
Duration : 14 February 2017 - 16 April 2017


Description :

Exhibition Perspective

To a large extent, the indigenous ‘worldview’ is grounded on important ancient stories and symbols. A belief that the world is a symbol of creation and is therefore sacred and must be revered. The world as a sustainer provides continuous resource which exists since time immemorial. Having strong traditions which is deeply rooted with ancient practices, the indigenous people is very much connected with the natural world.The symbiosis becomes the template for the indigenous culture and its social order.The interdependency between man and nature created the sanctified relationship between people and the world they inhabit.

Central to the indigenous culture are traditional symbols which are based on momentous stories. Without a written lexicon, their stories are orally recounted through ritualistic dance and songs; and their beliefs are embedded through their artworks. Such is their way to pass on vital information and in preserving their culture.

Due to its confined presence, indigenous art have recurrently been misrepresented. Although both originates from a completely different visual languages, however there are attempts to compare indigenous art to a western art form.

Perspektif Pameran

Pada keseluruhannya, 'pandangan dunia' masyarakat peribumi banyak bersandar kepada cerita-cerita purba dan simbol-simbol berdasarkan daripada alam. Alam semesta diibaratkan sebagai simbol penciptaan yang terkandung pengajaran kudus yang wajib dimuliakan. Alam merupakan sumber rezeki berterusan yang wujud sejak azali lagi. Masyarakat peribumi mempunyai amalan tradisi kuno yang berumbi begitu mendalam dengan alam semesta. Hubungan suci antara insan dan alam yang didiami telah menjadi kerangka buat mewadahi adat dan budaya serta susunan sosial masyarakat peribumi.

Teras kepada kebudayaan masyarakat peribumi adalah simbol-simbol tradisional yang juga berdasarkan kepada peristiwa-peristiwa penting. Tanpa leksikon yang bertulis, cerita-cerita mereka diperturunkan secara lisan melalui lagu-lagu, tarian-tarian dan upacara berbentuk ritual, manakala kepercayaan mereka pula tertanam dalam bentuk-bentuk pengkaryaan seni. Begitulah cara mereka menyampaikan maklumat penting sambil memelihara serta mewariskan budaya.

Kesenian masyarakat peribumi sering disalah tafsir oleh kerana ia hadir dalam ruang yang begitu terbatas. Meskipun kedua-duanya berasal dari bahasa visual yang jauh sekali berbeza, namun terdapat percubaan untuk membandingkan kesenian masyarakat peribumi dengan seni rupa barat.

 

WAYANG U-WEI: HANYUT MERENTASI SAKSI

Curator : U-Wei Saari
Duration : 20 December 2016 - 12 February 2017


Description :
Perspektif Pameran

Filem dibuat dan ditayangkan. Ia datang dan pergi. Ia mempunyai perjalanannya sendiri. Ada yang singgah agak lama di dalam ingatan kita. Ingatan pula tidak kekal. Jika dikira, hayat hidup kita pendek dan hayat filem panjang. Filem boleh berlanjut ke dalam ingatan melalui tulisan-tulisan, bahan-bahan iklan tertinggal dan juga penjelmaan melalui medium lain.

Sembilan pelukis seni tampak dipelawa untuk menzahirkan karya mereka lanjutan penontonan filem Hanyut. Kunci projek kali ini adalah filem Hanyut agar dibaca dari aspek apa-apa sahaja yang terkesan oleh pengkarya-pengkarya terpilih. Ini adalah bahagian kedua dari projek Wayang U-Wei Angkat Saksi yang diadakan pada tahun 2006. Pelbagai disiplin dan bahantara dipilih; dari ilustrasi ke abstrak, dari cat air ke arca. Artis dipilih dari yang senior ke yang muda.

Meninjau karya-karya yang telah siap dihasilkan, didapati kepelbagaian tangkapan artis-artis terhadap naskah filem Hanyut. Rata-rata tiada yang mengalih kefahaman mereka itu dengan hanya cara literal. Bukan sekadar menyalin semula imejan atau gambar yang terdapat pada adegan dalam filem itu. Apa yang berlaku adalah tentang pemakanan, perwatakan, perasaan hati dan nasib yang telah dibentang dan dimunculkan ke atas kanvas dan ke arca. Ini dilakukan melalui lakaran, lukisan, cetakan dan juga jahitan dan anyaman.

Exhibition Perspective

Films are made and shown. They come and go. They have their own journey. Some stay for a long time in our memory. Memory itself is not permanent. Come to think of it, our life span is short, whereas a film has a long life. It can continue to live on in our memory through writings, advertising materials left behind and through reproductions in other mediums.

Nine visual artists were invited to produce their works upon watching Hanyut. The film, which was key to the project, was to be interpreted by the impressions it made on them. This is the second part of the project Wayang U-Wei Angkat Saksi first held in 2006. Various disciplines and mediums were chosen; from illustration to abstract, from watercolour to sculpture. The artists selected ranged from senior to junior practitioners.

In reviewing the works completed, there appears to be diverse interpretations of the film Hanyut. On the whole, none of the artists produced a literal take on the film. They were not simply reproducing images from scenes in the film. The resulting inspirations, rendered on canvas and in sculpture, are about nutrition, characterisation, feelings of the heart and fate. They were produced in the form of sketches, paintings, prints as well as sewing and weaving works.


Senarai Seniman / Participating Artists
  • Abdul Latiff Ahmad Padzali
  • Abu Bakar Idris
  • Aminah Abd Rahman
  • Fai Zakaria
  • K. Azril Ismail
  • Long Thien Shih
  • Stephen Menon
  • Suzlee Ibrahim
  • Raja Shahriman Raja Aziddin
 

SEMANGAT X: Visual Expressions of Southeast Asian Identity

Curator : Badrolhisham M Tahir & Nizam Rahmat
Duration : 23 November 2016 - 15 January 2017


Description :

SEMANGAT X: Visual Expressions of Southeast Asian Identity showcases elements of values stemming from shared traditions and cultural geography of the Southeast Asian region. This exhibition features artworks by 24 prominent artists from 10 member nations of ASEAN which convey national characters; each identity uniquely shaped by its social and political conditions. Within these varied artistic styles and gestures exist coherent values that bind the regional consciousness stemming from collective memories, psyche, behaviour patterns, customs, practices and systems of belief, expressively manifested through contemporary visual art idioms.

To further expound on the scholarship of Southeast Asian art, focus has to be given towards defining a “common ground”, notwithstanding the region’s variety of languages, cultures, religions, “historic openness” to foreign trade and commercial interactions in building a post-colonial region. Even though the physical, political, social and cultural diversity is too immense to qualify the region with a distinctive personality, the arts through the traditional political-cultural framework can play a pivotal role in building a singular regional identity projecting “One Southeast Asia”.

Drawing upon Southeast Asia’s region-building efforts and process of socialisation, GALERI PETRONAS documents the cultural and social dynamics of a shifting society with SEMANGAT X, not only to reflect the vibrancy of Southeast Asia’s contemporary art scene, but to foster linkages among members of the Southeast Asian art fraternity, in the belief that Southeast Asia’s coherence is built upon collective identity-building which celebrates cultural diversity to count as one of the world’s finest geo-socio political collectives.

----------

SEMANGAT X: Visual Expressions of Southeast Asian Identity mempamerkan unsur-unsur nilai daripada tradisi yang dikongsi bersama dari budaya serantau Asia Tenggara. Menampilkan karya dari 24 seniman terkemuka dari 10 negara anggota ASEAN, karya-karya ini menampilkan perwatakan unik sesebuah Negara yang terbentuk dari keadaan sosial dan politiknya yang tersendiri. Dalam kepelbagaian gaya dan penampilan, wujud nilai-nilai kesepaduan yang mengikat kesedaran serantau yang lahir daripada kolektif memori, jiwa, corak tingkah laku, amalan dan adat serta sistem kepercayaan yang dijelmakan melalui bahasa seni visual kontemporari.

Untuk meningkatkan kesarjanaan seni Asia Tenggara, tumpuan perlu diberi kepada satu “titik persamaan”, meskipun rantau ini mempunyai kepelbagaian bahasa, budaya, agama, “keterbukaan sejarah” terhadap perdagangan luar negara dan interaksi komersial dalam membangunkan sebuah rantau pasca-penjajahan. Walaupun kepelbagaian fizikal, politik, sosial dan budaya rantau ini adalah terlalu besar untuk diberikan satu personaliti tertentu, seni melalui kerangka kerja politik dan budaya boleh memainkan peranan penting dalam membina satu identiti serantau yang menggemakan semangat “Satu Asia Tenggara”.

Dengan memanfaatkan usaha-usaha pembangunan serantau dan proses sosialisasi di Asia Tenggara, GALERI PETRONAS mendokumentasi dinamik budaya dan sosial masyarakat yang sentiasa berubah melalui SEMANGAT X, bukan sahaja untuk menggambarkan kerancakan dunia seni kontemporari rantau ini, tetapi juga untuk memupuk semangat persaudaraan di kalangan penggiat seni di Asia Tenggara. Dengan semangat kesepaduan yang dibina berasaskan identiti kolektif yang meraikan kepelbagaian budaya serantau, ASEAN dikira sebagai salah sebuah kolektif geo-sosiopolitik yang terbaik di dunia.

 
  
Loading... Loading...