Current Exhibition

SEMANGAT X: Visual Expressions of Southeast Asian Identity

Curator : Badrolhisham M Tahir & Nizam Rahmat
Duration : 23 November 2016 - 15 January 2017
Admission : Free
Time : 10:00 AM - 8:00 PM

Description :

SEMANGAT X: Visual Expressions of Southeast Asian Identity showcases elements of values stemming from shared traditions and cultural geography of the Southeast Asian region. This exhibition features artworks by 24 prominent artists from 10 member nations of ASEAN which convey national characters; each identity uniquely shaped by its social and political conditions. Within these varied artistic styles and gestures exist coherent values that bind the regional consciousness stemming from collective memories, psyche, behaviour patterns, customs, practices and systems of belief, expressively manifested through contemporary visual art idioms.

To further expound on the scholarship of Southeast Asian art, focus has to be given towards defining a “common ground”, notwithstanding the region’s variety of languages, cultures, religions, “historic openness” to foreign trade and commercial interactions in building a post-colonial region. Even though the physical, political, social and cultural diversity is too immense to qualify the region with a distinctive personality, the arts through the traditional political-cultural framework can play a pivotal role in building a singular regional identity projecting “One Southeast Asia”.

Drawing upon Southeast Asia’s region-building efforts and process of socialisation, GALERI PETRONAS documents the cultural and social dynamics of a shifting society with SEMANGAT X, not only to reflect the vibrancy of Southeast Asia’s contemporary art scene, but to foster linkages among members of the Southeast Asian art fraternity, in the belief that Southeast Asia’s coherence is built upon collective identity-building which celebrates cultural diversity to count as one of the world’s finest geo-socio political collectives.

----------

SEMANGAT X: Visual Expressions of Southeast Asian Identity mempamerkan unsur-unsur nilai daripada tradisi yang dikongsi bersama dari budaya serantau Asia Tenggara. Menampilkan karya dari 24 seniman terkemuka dari 10 negara anggota ASEAN, karya-karya ini menampilkan perwatakan unik sesebuah Negara yang terbentuk dari keadaan sosial dan politiknya yang tersendiri. Dalam kepelbagaian gaya dan penampilan, wujud nilai-nilai kesepaduan yang mengikat kesedaran serantau yang lahir daripada kolektif memori, jiwa, corak tingkah laku, amalan dan adat serta sistem kepercayaan yang dijelmakan melalui bahasa seni visual kontemporari.

Untuk meningkatkan kesarjanaan seni Asia Tenggara, tumpuan perlu diberi kepada satu “titik persamaan”, meskipun rantau ini mempunyai kepelbagaian bahasa, budaya, agama, “keterbukaan sejarah” terhadap perdagangan luar negara dan interaksi komersial dalam membangunkan sebuah rantau pasca-penjajahan. Walaupun kepelbagaian fizikal, politik, sosial dan budaya rantau ini adalah terlalu besar untuk diberikan satu personaliti tertentu, seni melalui kerangka kerja politik dan budaya boleh memainkan peranan penting dalam membina satu identiti serantau yang menggemakan semangat “Satu Asia Tenggara”.

Dengan memanfaatkan usaha-usaha pembangunan serantau dan proses sosialisasi di Asia Tenggara, GALERI PETRONAS mendokumentasi dinamik budaya dan sosial masyarakat yang sentiasa berubah melalui SEMANGAT X, bukan sahaja untuk menggambarkan kerancakan dunia seni kontemporari rantau ini, tetapi juga untuk memupuk semangat persaudaraan di kalangan penggiat seni di Asia Tenggara. Dengan semangat kesepaduan yang dibina berasaskan identiti kolektif yang meraikan kepelbagaian budaya serantau, ASEAN dikira sebagai salah sebuah kolektif geo-sosiopolitik yang terbaik di dunia.

Artworks


Garuda
Courtesy of Gajah Gallery Singapore

Halal
PETRONAS Art Collection

Innocence is Overrated 3
Private Collection

Novices on the Go
Courtesy of Thavibu Gallery
 
  


 

Loading... Loading...